-->

Koleksi Gambar Yang Terbengkalai Di Amerika (10 Gambar)

Andrew Wood seorang jurugambar berbakat, kegiatan beliau adalah peneroka wilayah dari Maryland, Amerika Syarikat. Andrew jurugambar yang lebih memberi tumpuan kepada fotografi barang-barang yang terbengkalai dan perindustrian yang terbiar. Dia mengembara ke semua negeri Amerika Syarikat untuk menangkap rumah, bandar, taman , istana, zoo yang runtuh dan terbengkalai. Dan inilah hasilnya, walaupun nampak sedikit pelik dan mungkin membazir masa. Namun gambar ini menyedarkan kita, akan kepentingan penjagaan, pelupusan dan kebersihan. 


Mungkin kita tidak sedar begitu banyak barang-barang yang kita beli kini menjadi barang yang tak berguna. Mungkin atas sebab kerosakkan, atau diganti dengan barang baru. Tetapi kita masih simpan lagi barang yang lama, lebih baik kita lupuskan atau pun sekirannya ianya masih boleh berguna sedekahkan lah. Contoh pakaian lama, buku-buku, atau handphone...cuba lah tengok bilik anda!