3 February 2015

Ohsenyum Sadis : ( 7 Gambar) Paha Wanita Berlubang Akibat Pembedahan Plastik



Tidak pernah berasa puas terhadap kecantikan yang ada, membuatkan seorang ratu cantik dari Brazil terpaksa bertarung nyawa akibat terlalu obses melakukan rawatan mencantikkan pehanya. Buat pertama kalinya, Andressa Urach, 27, mengakui apa yang berlaku kepadanya adalah hukuman Tuhan kerana kerja-kerja bodoh yang dilakukannya.’



Katanya, dia ibarat sudah ‘mati’ selepas organ-organ dalam badannya gagal berfungsi tetapi tuhan telah memberinya peluang kedua bagi membetulkan kesalahan yang dilakukan.Ketika temu bual eksklusif bersama Brazilian TV, Urach telah melakukan bermacam-macam cara untuk mengubah bentuk tubuhnya dan tiada siapa yang tahu apa telah dilaluinya.


“Saya malu dengan lubang-lubang dan parut di kaki saya. Bekas luka ini akan ada di kaki saya sepanjang hayat dan melihatnya mengingatkan saya agar terus bersyukur kerana masih boleh bernafas. Terima kasih kepada tuhan kerana memberi peluang kepada saya untuk memberitahu wanita-wanita di luar sana agar tidak melakukan perkara bodoh seperti saya”.katanya.

 Bekas naib juara pertandingan realiti ratu cantik popular, Miss Bumbum versi Brazil itu, menjadi tajuk berita utama di media tempatan pada bulan lalu selepas rawatan kecantikan dengan kaedah mengisi (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA), yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya.

 Kini dia masih dalam kesakitan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kesakitan yang dialami sukar untuk digambarkan, ibarat kulit dan ototnya dicarik hidup-hidup. Lukanya yang masih berdarah membuatkan Urach perlu menukar pembalut luka sebanyak dua kali sehari. Dia juga perlu mengambil tiga jenis antibiotik dan ubat tahan sakit, selain menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan cecair dari tubuhnya melalui tiub yang dimasukkan pada lubang di kedua belah kakinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...