Help Me Pageviews Until 50M

11 December 2014

Ohsenyum : (12 Gambar) Nama Tempat Yang Pelik Di Malaysia




Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.




Desa Temu Jodoh, Johor

 Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek. Ia terletak 60km dari bandar Segamat dan 20km dari daerah Yong Peng.

Kampung Imam Lapar, Terengganu

- Ada sebuah kisah menceritakan, dua pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Pedagang itu dikatakan memberitahu imam mereka lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.


Kampung Baru Jumpa, Sabah

- Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

Kampung Atas Tol, Terengganu

- Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada satu masa dahulu tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja,namun lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

Jalan Microwave, Sabah

- Pengguna jalan raya yang memandu di sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.

Mambang Di Awan, Perak
- Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell, mula menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana di tempat berkenaan terdapat mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.


Kampung Seronok, Pulau Pinang

- Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri bebarapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dinamakan Kampung Seronok pada 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

Felda New Zealand, Pahang

FELDA New Zealand atau Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA di Pahang, Malaysia. FELDA ini dinamakan bersempena negara New Zealand dan terletak 10 km dari bandar Maran. Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand.

sumber : mynewshub.cc

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...