Akibat perasaan cemburu yang menguasai
fikiran, seorang wanita nekad melanggar bekas teman lelakinya dan kekasih baru
lelaki itu sebatang jalan yang sesak dengan orang ramai.
Namun tindakan wanita itu, Jiao T’an, 28,
bukan hanya mencederakan bekas kekasihnya dan pasangannya itu malah menyebabkan
lima orang yang lain juga cedera akibat dilanggar olehnya.
Suasana ketika itu menjadi kelam kabut dengan orang ramai di jalan tersebut bertempiaran menyelamatkan diri.
Menurut saksi, Yue Yan Shih, dia berjaya
mengelak diri daripada dilanggar oleh Jiao.
“Kereta itu pada mulanya berhenti di jalan
Longquan dan kemudian wanita itu keluar dari kenderaan tersebut serta mula
menjerit kepada seorang lelaki dan pasangannya.
“Wanita itu kelihatan marah pada lelaki
tersebut. Namun lelaki itu kemudian menoleh ke depan dan terus berjalan dengan
teman wanitanya.
“Tidak lama kemudian, pemandu kereta itu
terus melanggar pasangan kekasih tersebut,’’ katanya.
Mereka yang cedera bergelimpangan di atas
jalan. Wanita itu kemudiannya ditarik keluar daripada kenderaan tersebut.
Menurut polis, Jiao T’an, 28, dan bekas
kekasihnya itu, Chen Wei, 29, telah memutuskan hubungan tiga tahun lalu namun
mereka masih berkawan baik.
Pada masa sama, Jiao T’an berharap dapat
kembali kepada Chen Wei. Jiao T’an telah ditangkap oleh polis dan siasatan kini
dijalankan ke atasnya.
Sumber : mynewshub
No comments:
Post a Comment