18 August 2014

Tak Leh Senyum : Wanita Bunuh Diri Selepas Bertengkar Dengan Suami


Satu kejadian bunuh diri telah dilaporkan berlaku di Apartment Cammelia, Kajang.

Mangsa yang juga seorang suri rumah, Nurhasyaiwany Razid, 28, dikatakan terjun dari kediamannya selepas bertengkar dengan suaminya, Azmi Abd Rahman.

Ketika kejadian, Azmi berkata dia sedang berada di bilik untuk mengemas pakaiannya.
Sebaik sahaja menyedari isterinya terjun dari koridor rumah, dia bergegas turun ke bawah. Malangnya, wanita itu telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada pihak yang meminta agar siasatan dijalankan secara terperinci bagi memastikan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.-mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...