4 August 2014

Ohsenyum : (Video) Pegawai Polis Gaduh Sampai Buka Baju




Kini terdapat pula rakaman pergaduhan melibatkan pegawai kanan polis yang giat beredar di laman-laman sosial. Ia dipercayai dirakam secara curi-curi oleh seorang anggota polis di sebuah balai.

Dalam rakaman, dapat dilihat dan didengar pegawai kanan berpangkat DSP memaki hamun seorang ASP menggunakan bahasa kesat selepas mendakwa ASP tersebut memprovok dirinya dengan mengangkat kerusi.


Pergaduhan membabitkan mulut ini dihangatkan lagi dengan tindakan DSP terbabit membuka baju mengajak gaduh dan merosakkan peralatan pejabat.Persoalannya jika rakaman ini benar, wajarkah pihak yang bertanggung jawab mengambil tindakan terhadap mereka yang bergaduh dalam video viral turut melakukan perkara serupa di balai polis?

Satu yang pasti, tindakan begini terang-terangan mencemarkan imej PDRM.– mynewshub.my


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...