Help Me Pageviews Until 50M

8 August 2014

Ohsenyum : (4 Gambar) Orang Kaya Yang Terlampau Baju Emas



Seorang usahawan tekstil yang menjadi kaya dengan empayar perniagaan kainnya, mempunyai cara tersendiri untuk memberitahu dunia akan kekayaannya itu, iaitu dengan menghasilkan baju yang diperbuat daripada emas tulen.


Pankaj Parakh yang tidak mempunyai sebarang pendidikan tinggi itu telah mereka baju kemeja yang disalut dengan emas seberat empat kilogram.Bagi tujuan itu dia membelanjakan lebih RM600,000 untuk membeli emas, dia kemudiannya menjadikan emas itu sebagai kemeja keemasan.


 Emas yang berkilauan itu menjadikan dia sebagai fokus ketika berjalan di sekitar bandar Mumbai, menyebabkan Pankaj terpaksa mengupah pengawal peribadi yang akan mengikutnya kemana sahaja dia berada.“Saya mahu memakai sesuatu yang istimewa dan saya tidak akan keluar dengan emas kurang daripada dua atau tiga kilogram di badan saya,’’ katanya yang memberitahu dia teruja dengan emas sejak kecil lagi.
 Atas sebab itulah kata Pankaj, dia ingin menjadikan hari jadinya yang ke-45 sebagai hari keemasan.Jelasnya, kemeja emas itu direka dengan teliti dan ia fleksibel sama seperti kemeja lain.Pankaj yang mempunyai isteri dan dua anak lelaki itu berkata, hanya dia yang teruja dengan emas dalam keluarganya itu.
Namun isteri dan anak-anaknya memahami akan keterujaan itu ada kalanya menyifatkan dia sebagai pelik.Pankaj juga merupakan ahli politik tempatan dan tabiatnya menampilkan kemewahannya itu mendapat kritikan daripada ramai penduduk miskin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...