24 July 2014

Tak Leh Senyum : (3 Gambar & Video) Pelajar Kena Tetak Dalam Pondok Pengawal



 Kes ngeri ini berlaku di Kuching, Sarawak pada April lalu. Terdapat dua set rakaman kejadian ini yang diperoleh daripada kamera CCTV di luar pondok pengawal dan di dalamnya. Kejadian berpunca apabila kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar kolej menggagalkan usaha penjahat mencuri motosikal mereka.Oleh sebab tidak puas hati penjahat tersebut memangggil geng pencuri lain lalu terjadilah insiden tetak menetak ini.

AMARAN : JANGAN TENGOK KALAU TAK BERANI !!!

Rakaman daripada CCTV dalam pondok pengawal menunjukkan suasana cemas apabila dua pemuda diserang dan ditetak dengan pisau dan parang oleh beberapa lelaki yang menyerbu masuk dan sebilangannya pula menetak dari celah tingkap.Penjahat yang melakukan jenayah ini kelihatan tidak berhati perut apabila tergamak bergilir-gilir menyerang mangsa menggunakan parang hingga mereka dibasahi darah sebelum dapat melarikan diri.
 Daripada video yang diperoleh daripada kamera luar, kebanyakan wajah penyerang dan motosikal digunakan mereka kelihatan dirakam dengan jelas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...