4 July 2014

Ohsenyum : Gadis Pilihan Hati TMJ Tunku Ismail




Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Tup-tup, tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.

 Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.
Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.
 Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan kerabat Johor lain.

Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.Manakala dalam video di bawah, beliau turut dibawa ke majlis yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.-mynewshub.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...