Help Me Pageviews Until 50M

27 June 2014

Tak Leh Senyum : (6 Gambar) Ketumbuhan Dikepala


Satu kaedah perubatan luar biasa dilakukan ke atas seorang lelaki yang mempunyai ketumbuhan besar di kepala.Kepala Chris Stoyanov dimasukkan cecair secara beransur-ansur sehingga cairan itu memenuhi ruang di dalam kepalanya.

 Pakar bedah plastik, Niall Kirkpatrick telah melakukan pembedahan meregangkan kulit kepala Stoyanov bagi menampung keseluruhan kulit kepalanya.Stoyanov yang berusia 30 tahun mempunyai ketumbuhan besar di atas kepalanya sejak enam bulan lalu.
Sejak kepalanya mempunyai ketumbuhan, Stoyanov terpaksa bergerak dengan lebih berhati-hati supaya ketumbuhan itu tidak pecah.Stoyanov berkata, ketumbuhan itu menghadkan pergerakannya terutamanya apabila dia mahu tidur.



 “Sudah enam bulan saya menderita kerana ketumbuhan ini. Sebelum ini saya pernah melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan berkenaan tetapi ia tumbuh kembali.“Pembedahan meregangkan kulit ini adalah percubaan pertama kali saya. Buat masa ini, saya merasakan pembedahan ini banyak membantu dalam mengharungi kehidupan seharian,”katanya.
Dia sebelum ini pernah melalui pembedahan di Bulgaria tetapi malangnya pembedahan tersebut tidak berjaya membuang ketumbuhan itu.

Sumber : Klik Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...