6 May 2014

Tak Leh Senyum : Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia 2014


 Seniman lagenda yang dikenali ramai iaitu Datuk Aziz Satar telah meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini jam 2 pagi tadi. Datuk Aziz Satar kini berusia 89 tahun dan meninggal dunia akibat penyakit jantung.Menurut anak perempuan Datuk Aziz Satar, Sandakiah memberitahu Ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.



Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar  lahir pada 8 Ogos 1925 dan meninggal dunia pada 6 Mei 2014, beliau merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Kerjaya seni beliau bermula dari sebuah persahabatan dengan Sharif Dol yang bekerja di Studio Film Production. Beliau adalah seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip yang berjaya dalam dunia perfileman Melayu. Beliau mula melibatkan diri dalam filem Melayu sewaktu di Singapura dengan menyertai Malay Film Production, Jalan Ampas sebagai pelakon dalam filem :

i      Bujang Lapok 1957
ii     Pendekar Bujang Lapok 1958
iii    Ali Baba Bujang Lapok 1960
iv   Seniman Bujang Lapok 1961

SEDEKAHKAN AL-FATIHAH PADA DATUK AZIZ SATTAR.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...