12 May 2014

Tak Leh Senyum : (4 Gambar) Potong Lidah Sendiri


Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup memotong lidahnya dengan menggunakan pisau, sebagai menunjukkan ketaatan kepada tuhannya.Remaja itu, Lalmohan Soren, sedang duduk di kuil Mahedevgarha ketika orang ramai yang datang bersembahyang di situ melihat darah di atas lantai.

 Lidah Lalmohan pula diletakkan di dalam mangkuk di situ, di sisi sekeping nota tertulis `Saya telah memotong lidah dan menawarkannya kepada tuhan. Tolong jangan buang saya dari kuil. Saya hanya mahu duduk di sini,’’ .Ketua kuil itu kemudiannya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan dia telah memujuk Lalmohan ke hospital.
 Doktor cuba untuk menyambung semula lidahnya, namun gagal dan remaja itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian.Lalmohan kini sedang berehat di rumahnya. Dia tidak boleh bercakap dan hanya diberikan cecair sebagai makanan.
Meskipun mengalami kesakitan namun dia berasa bangga dengan perbuatannya.
Begitu juga dengan keluarganya, walaupun mereka terkejut namun menerima keputusan Lalmohan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...