Help Me Pageviews Until 50M

1 April 2014

Tak Leh Senyum : Ditikam Dalam Masjid



Gambar Hiasan
Seorang lelaki ditemui maut selepas ditikam seorang bekas pesakit Hospital Permai di dalam Masjid Al-Muslihum hospital terbabit, di sini, malam tadi.Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti sepenuhnya itu juga adalah bekas pesakit hospital berkenaan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.53 malam daripada seorang lelaki yang melaporkan kejadian.

"Ketika anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian suspek tidak melarikan diri dan mengaku menikam mangsa."Tiada saksi yang menyaksikan kejadian kerana kesemua individu yang berada di dalam masjid itu sedang menunaikan solat Maghrib," katanya di sini.

Mohd Khamsani berkata, siasatan lanjut masih dijalankan terutama meneliti sebab kejadian dan butir peribadi mangsa selain suspek.-mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...