Help Me Pageviews Until 50M

28 April 2014

Tak Leh Senyum : (3 Gambar) Pengantin Perempuan Mati Tiga Jam Sebelum Bersanding


Ternyata kegembiraan sepasang pengantin baru tidak berpanjangan apabila pengantin perempuan, Junaida Jamaludin, 29, telah disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka, semalam.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian, Junaida ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di bilik pengantin di rumahnya di Petaling Jaya, pada jam 8.30 pagi.

Saat bahagia Junaida (kanan) dan suaminya, Muhammad Danial selepas majlis akad nikah di rumahnya di SS3, Petaling Jaya, Selangor
 Sehari sebelum itu, Junaida selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, dan majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya, jam 11.30 pagi.

Menurut abang Junaida, Kamarul Affendi Jamaludin, 38, mereka sekeluarga menyangkakan adik bongsunya itu sudah pergi ke dewan persandingan terlebih dahulu namun sangkaan mereka meleset apabila menyedari Junaida tidak berada di situ.
“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Pelamin di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya yang kosong berikutan pengantin perempuan, Junaida, meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingannya 
Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...