Help Me Pageviews Until 50M

21 April 2014

Ohsenyum : 10 Logo Terkenal Dengan Makna Tersembunyi



Inilah makna yang tersembunyi...jom tengok sepenuhnya....
1. Apple - Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.


2. IBM-Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".

3. Mobil-Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru. Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.

4. FedEx-Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya. Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan. Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.

5. Audi-Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.

6. BMW-Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.

7. Mercedes-Benz-Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini  mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.

8. Toyota.-Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.

9. Volkswagen-Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.

10. Amazon-Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'. Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon. Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.

Sumber : Klik Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...