3 January 2014

Tak Leh Senyum : Pengikut Syiah Nikah Mut'ah Dengan Isteri Orang




Seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Ali Hanifah Al Qadahi menggunakan sewenang-wenangnya gambar seorang wanita dengan mempelawa ia diperisterikan secara mutaah.

Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.


Tindakan biadapnya yang dipercayai pengikut fahaman Syiah itu disedari bapa mentua wanita terbabit yang bertindak membuat laporan polis.Tinjauan di Facebook Ali Hanifah mendapati semua statusnya masih tertera termasuk status-status lain yang membanggakan fahamannya terutama membabitkan nikah mutaah yang diamalkan pengikut Syiah.


Turut terdapat, sekeping surat menyatakan seramai 156 gadis dan 341 janda tersedia untuk pengikut Syiah dipercayai bagi menarik perhatian lebih ramai pengikut baru. Apa pun, di bawah adalah kenyataan terbuka daripada bapa mertua wanita yang dianiaya oleh Abu Hanifah menggunakan gambarnya yang dicuri daripada laman web.

Si bapa turut menyertakan gambar perkahwinan anak lelaki dan menantunya itu sebagai bukti bahawa mereka merupakan suami isteri yang mengikut ajaran Islam Ahlul Sunnah Waljamaah dan bukan pengikut Syiah.

Tuan Ali Hanifah Al Qadahi,

Dengan nama Allah Tuhan Penyeru Alam.. yang menjadikan lagi dan Bumi, yang mana dengan peluh dan keringat kedua ibu bapa ku Hajah Hasnah dan bapa ku Haji Ibrahim juga dengan keringat dan peluh ku… sesungguhnya aku bersumpah bahawa tuan telah melanggari batas Akhlak dan syariat seorang mukmin…

Sesungguhnya Tuan telah menjatuhkan Maruah saya sebagai seorang bapa, photo yang Tuan fitnah adalah merupakan anak menantu perempuan saya yang mana ianya adalah isteri kepada anak lelaki sulung saya.

Tuan telah menggunakan photo keluarga kami sambil menfitnah mengatakan menantu perempuan saya adalah perempuan Mutaah, sedangkan kami sekeluarga adalah merupakan orang awam yang beragama Islam dan Ahlul Sunnah Waljamaah.

Anak perempuan saya dan anak lelaki saya juga merupakan seorang Islam Ahlul Sunnah Waljamaah yang mana kedua mereka masih lagi sedang belajar menyambung Ijazah masing masing di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia.

Disini saya ingin memaklumkan yang tuan telah menfitnah kami serta mengaibkan kami sekeluarga dengan menggunakan photo anak perempuan kami sebagai bahan Propaganda Mutaah Syiah tuan.

Kami tidak HALAL kan perbuatan ini dan kami akan mengambil tindakan undang undang dengan membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Bersama ini juga saya sertakan gambar perkahwinan anak anak kami.
Sekian.
Ali Zaik aka Ali Russia
……………………………
Melampau sungguh perbuatan individu yang menggunakan nama Ali Hanifah ini apabila tergamak menjaja maruah isteri orang tak kira atas apa alasan sekalipun.Dari sini boleh dilihat bagaimana pengikut fahaman Syiah merendahkan martabat wanita sebagai pemuas nafsu dan gula-gula bagi menarik perhatian pengikut baru semata-mata. –mynewshub.my

Penerangan Mengenai Mutaah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...