Help Me Pageviews Until 50M

6 January 2014

Ohsenyum : Lalat Bot Adalah Lalat Paling Ngeri Di Dunia



 Adakah anda pernah mendengar tentang Lalat Bot, lalat bot dikenali sebagai lalat paling mengerikan di dunia.Terdapat beberapa kategori lalat bot antaranya Lalat Bot Perut Kuda, Lalat Bot Hidung Kaming dan juga Lalat Bot Manusia.

Lalat Bot mempunyai sistem dan cara pembiakan yang pelik kerana ia akan menggunakan daging makhluk hidup yang lain untuk bertelur dan untuk larvanya hidup sebelum ia menjadi lalat.Ia dikategorikan sebagai lalat yang mengerikan kerana, bukan sahaja ia menumpang untuk bertelur tetapi larva itu akan memakan daging makhluk yang ditumpang.

Di laman YouTube terdapat banyak video berkaitan telur Lalat Bot Manusia yang sudah menempel di dalam daging  dan ia memakan daging manusia itu dikeluarkan dan ia amat menyakitkan.

Untuk mengeluarkan larvanya adalah amat sukar kerana larva lalat itu mempunyai gigi yang agak tajam yang digunakan untuk mencengkam dan untuk memakan daging tempat ia menumpang untuk bertelur.

Penulis berkongsi satu video proses mengeluarkan tiga larva Lalat Bot Manusia daripada seorang individu yang digunakan lalat itu untuk bertelur dan ia berubah menjadi seperti satu jangkitan yang menyakitkan.Individu itu mendapat jangkitan berkenaan ketika dia sekeluarga bercuti di Belize di kawasan benua Amerika Tengah.

Jadi kepada anda yang bercuti ke kawasan itu, berhati-hatilah dengan Lalat Bot Manusia yang mengerikan ini.Jika manusia digunakan sebagai lokasi lalat ini bertelut, biasanya jangkitan akan bermula dengan pesakit diserang demam dengan suhu yang tinggi. – Mynewshub.my

In Panama, this guy was bit my a mosquito that was host to Bot Fly eggs which eventually hatched under his skin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...