Help Me Pageviews Until 50M

10 December 2013

Ohsenyum : Selebriti Yang Suka Show Off Di Laman Sosial

Tidak dinafikan penggunaan laman sosial sangat membantu golongan selebriti mempromosikan diri sendiri, biarpun ada segelintir peminat yang menggunakan saluran ini  sebagai medan untuk menyelar selebriti yang dibenci.

Selebriti yang sering mengemas kini akaun Instagram, Facebook, mahupun Twitter untuk tujuan positif, namun tidak suka dengan beberapa selebriti yang dilihat terlalu bersikap terbuka dengan berkongsi perkara atau foto yang tidak sepatutnya.

Memanglah itu hak mereka kerana akaun terbabit adalah akaun peribadi. Tetapi mereka harus ingat, sebagai seorang ‘public figure’ banyak perkara yang perlu diambil kira. Ini kerana banyak mata tertumpu kepada mereka. Jadi, setuju atau tidak, mereka harus berpijak di bumi yang nyata. Boleh berkongsi cerita, tetapi harus berpada-pada!
Berikut adalah senarai selebriti yang GUA rasakan terlalu show off di laman-laman sosial. Ada yang bagus untuk karier, ada yang menjejaskan reputasi!

Nora Danish

Pelakon genit, Nora Danish merupakan di antara pelakon yang gemar berkongsi saat-saat indah yang berlaku dalam hidupnya bersama peminat. Mungkin, niat Nora bukan hendak menunjuk-nunjuk, namun tindak-tanduknya itu sedikit sebanyak mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Lebih-lebih lagi apabila dia memuatnaik foto-foto mesra bersama kekasih hati, Nadeem. Pada awalnya memang peminat tidak kisah dan suka melihatnya, tetapi apabila sudah terlalu kerap, lain pula rasanya. Dek kerana itu jugalah, ada yang mengecam dan melemparkan pelbagai kata-kata negatif terhadap Nora dan Nadeem.
Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mempunyai ramai pengikut di akaun Instagram sehingga menarik minat peniaga-peniaga online untuk bekerjasama dengannya. Tambahan pua Elfira  memiliki

rupa paras yang cantik serta bijak bergaya mengikut peredaran masa.

Bagaimanapun, tindakannya memuat naik foto-foto barangan atau pakaian yang diperolehinya secara percuma di laman Instagram kadangkala menimbulkan salah faham. Mungkin Elfira mahu berterima kasih atau mempromosikan barangan tersebut, namun apabila terlalu banyak, ia membuatkan orang rimas. Malah, ada yang beranggapan Elfira sengaja menunjuk-nunjuk.
Datuk Siti Nurhaliza


Pasti ada yang tidak suka dengan penyenaraian nama diva nombor satu negara ini. Tetapi hakikatnya, Siti memang suka memuat naik foto-foto ‘selfie’ untuk tontonan peminat setianya. Ada yang berpendapat kebiasaan mengambil gambar secara sendiri atau ‘selfie’ itu tidak bersesuaian dengan imej dan nama beliau yang gah. Adalah lebih baik Siti menjaga nilai eksklusif supaya terus berada di dalam kelas tersendiri.
 Fizo Omar

Fizo Omar boleh diklasifikasikan antara artis lelaki yang aktif memuat naik foto-foto di akaun Instagram miliknya. Walaupun bidang lakonan merupakan kerjaya Fizo, namun kini jejaka yang baru mendirikan rumahtangga ini telah berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. Fizo yang bergelar usahawan muda ini sering memuat naik pelbagai gambar bagi mempromosikan bisnes burgernya.

Malah, dia juga turut aktif mempromosikan barangan M7 yang telah melantiknya sebagai duta. Mungkin ada yang menganggap ianya sebagai bongkak, sebaliknya Fizo menjalankan tanggungjawabnya sebagai usahawan yang bergiat aktif mempromosikan bisnesnya.
Nazim Othman


Pelakon kacak Nazim Othman juga turut mencuri tumpuan kerana mempunyai rupa paras kacak, badan sasa dan bijak bergaya. Melalui akan Instagram milik Nazim, dapat dilihat yang pelakon dan model ini gemar menjalani gaya hidup yang sihat melalui pemakanan dan sering bersenam. Bagaimanapun, ada juga yang kurang selesa dengan gambar-gambar yang dikongsikan oleh Nazim kerana dianggap gemar menayang badan.
Nabila Huda

Anak kepada Amy Search ini juga sering mengundang kontroversi akibat status-status atau foto-foto yang dimuat naik di akaun Instagram dan Twitter. Tindakan Nabila atau Abil ini boleh dilihat pada sudut positif dan negatif. Positifnya, peminat-peminat boleh mengetahui perkembangan terkini kerjaya Nabila sebagai pelakon.

Dalam masa yang sama, peminat juga boleh mempelajari atau mengenali karektor Nabila. Dia dilihat tidak cuba menyembunyikan sesuatu. Biarpun begitu, ada juga berpendapat Nabila harus berhati-hati dalam memuat naik foto-foto. Terutamanya ketika dia sedang bersosial. –mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...