21 December 2013

Ohsenyum : Kehebatan Keimanan Juara Gusti Lengan Dunia



Zelimkhan Zankarhanov adalah jaguh gusti lengan dunia yang berasal dari Russia.
Beliau yang beragama Islam sering menjadi perhatian dalam setiap pertandingan gusti lengan antarabangsa kerana tidak lupa menjerit AllahuAkbar (Allah Maha Besar) setiap kali mencapai kemenangan.


Namun ada satu lagi perkara menarik mengenai Zelimkhan.Dia cukup tak selesa setiap kali bila tiba saja majlis penyampaian hadiah, terutama bila ada penglibatan wanita seksi dalam majlis tersebut.


Percaya atau tidak, setiap kali ada wanita seksi yang bertindak sebagai penyampai hadiah lalu di depannya, Zelimkhan akan menutup wajanya dengan kopiah yang dipakainya, Masya Allah…Ternyata tubuh dan fizikal beliau memang kuat, tetapi imannya ternyata lebih hebat dan sasa daripada tubuh badannya itu! – Mynewshub.my

video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...