20 November 2013

Tak Leh Senyum : Isteri Ditikam Di Dearah Tawau


Isteri seorang peniaga komputer cedera di dada selepas ditikam menggunakan senjata tajam oleh dua lelaki yang menyamun telefonbimbitnya di premis perniagaan suaminya di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian jam 6.25 petang di bandar Fajar itu, kedua-dua suspek yang memakai helmet memasuki premis berkenaan dan terus mengambil telefon bimbit milik mangsa yang terletak di atas meja sebelum cuba melarikan diri.

"Sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu melarikan diri, mangsa terus mengejar sambil berteriak meminta tolong. Seorang daripada suspek berpatah balik dan terus menikam dada mangsa," kata dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketika kejadian, terdapat empat pelanggan di dalam premis berkenaan.Mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di Taman KingFook kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Awang Besar meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. -Bernama

Sumber  gambar dari WhatsApp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...