18 November 2013

Tak Leh Senyum : (8 Gambar) Gambar Remaja Hilang Di Villa Nabila

Difahamkan, sebahagian besar daripada remaja yang didakwa hilang selepas memasukiVilla Nabila telah ditemui. Namun, seorang daripadanya dikatakan telah dirasuk dan terpaksa ditenangkan. Kebenaran di sebalik kisah ini masih disiasat.



Kisah Sebenar

Pihak polis hanya menerima laporan seorang remaja yang hilang apabila tidak pulang ke rumah sejak semalam.Hazrey dalam tweetnya berkata, ibu mangsa kali terakhir melihat remaja itu di situ masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa.

“Kerana mendengar berita palsu itu, orang ramai datang mengerumuni kawasan pintu masuk ke villa itu sejak pukul 3 pagi tadi,” katanya melalui tweetnya.Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.

Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.
Di Johor, terdapat banyak versi cerita berkenaan Villa Nabila ini tetapi yang nyata ia adalah sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan.

Jika sesuatu bangunan sudah lama ditinggalkan, jin sudah pasti akan menjadikannya tempat tinggal. Ada pula manusia yang penakut tetapi konon memberanikan diri hendak masuk ke Villa Nabila bagi menjejaki hantu.

Kini pihak polis sudah pun menutup laluan masuk ke Villa Nabila untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. – mynewshub.my





Mazidulakmal dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...