Help Me Pageviews Until 50M

22 November 2013

Ohsenyum : Rakaman Pengacara Wanita Berbogel Demi Tunaikan Janji


Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepakPerancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal.


Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.
Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.
“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan. “Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. -mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...