22 November 2013

Ohsenyum : Rakaman Pemandu Disaman Cuba Salahkan Polis


Dalam video di bawah, seorang pengguna jalan raya begitu marah apabila saman dikeluarkan hingga tak henti-henti menyuruh anggota polis menerangkan kesalahannya sedangkan sudah diberitahu dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Apabila dia lebih sibuk mempersoalkan saman tersebut sambil merakam menggunakantelefon bimbit, anggota polis terlibat malas hendak melayan kerenahnya lalu meninggalkan sahaja kertas saman di tempat duduk penumpang.

Tindakan itu nyata tambah menyakitkan hati pemandu yang disaman lalu dia turun dari kereta dan merakam nombor anggota polis berkenaan.

Tindakannya itu disambut dengan senyuman mesra anggota tersebut yang terus menunjukkan nombor anggotanya sekaligus menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Persoalannya di sini, apa yang hendak dibuktikan oleh pemandu yang merakam lalu memuatnaik video ini di laman sosial sedangkan dia hanya mempamerkan sikap bodoh sombong, baran dan keras kepalanya?-mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...