24 October 2013

Tak Leh Senyum : Video Pegawai Bank Ditembak Mati


Video pegawai operasi bank Ambank Norazita Abu Talib ditembak kini sudah tersebar di laman internet menunjukkan bagaimana kejamnya, suspek Ardi Hamza dalam memenuhkan nafsunya ingin mengaut keuntungan segera.

Sebagai penduduk Tawau, blog ohsenyum menentang sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk Ardi Hamza!!! 

Pastinya suspek yang juga seorang pengawal keselamatan gagal memegang amanah menjaga keselamatan bank dan asetnya dari sebarang bahaya sebaliknya dia yang membuat onar merompak wang sehingga sanggup membunuh.

Visual rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa sedang mungkin menyimpan wang untuk hari itu ke dalam bilik kebal sebelum tiba-tiba rebah dengan terdapat sedikit kesan terkena tembakan pada kepalanya.



Tanpa menghiraukan mangsa sudah tidak bernyawa, pengawal keselamatan itu menarik seorang staf jauh dari lokasi tembakan.Si perompak tanpa sanggup melangkah mayat mangsa yang terbujur kaku dan secara rakus mengaut semua wang dalam beg yang dibawa sebelum melarikan diri dikatakan dengan motosikal tanpa diketahui.


Menurut seorang yang pernah bekerja di sebuah bank yang enggan dikenali, ketika kejadian mangsa sedang menyimpan wang selepas selesai proses membuat imbangan akaun dan kutipan seharian di bank itu untuk disimpan di dalam bilik kebal sebelum kes itu berlaku. – mynewshub.my

Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan  oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang  kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...