-->

2 Gambr Tak Salah Suami Bohong Isteri


Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum.Tetapi bukan semua bohong dibenarkan! Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri "Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang..."

"Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?"

"Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!"

Itu bohong yang haram namanya.! 



Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya 'mempelajari ilmu-ilmu dunia' dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong.

Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan.

Bohong seperti itu tak boleh!

Dalam satu kuliah baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias berkata, bohong yang dibenarkan adalah yang tidak memudaratkan sebaliknya boleh menggembirakan hati isteri sekali gus merapatkan keintiman, meningkatkan kebahagiaan dan memantapkan lagi kasih sayang.

Contohnya, suami sedang tengok rancangan Nona, datang isteri terus henyak punggung di sebelah sampai terlambung si suami (ayat ini adalah untuk menggambarkan saiz dan bentuk isteri).

Si isteri kemudian berkata: "Cantik Neelofa tu kan bang..."

Lalu dijawab oleh suami: "Tidaklah secantik mana pun, cantik awak lagi sebab itu saya pilih awak, tak pilih dia ..."

Walaupun si isteri tentunya sedar bahawa suaminya berbohong namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap gembira. Bohong seperti inilah yang dibenarkan dalam Islam.

Menurut Ustaz Mohamad Surol pula, bohong seperti ini disebut 'kazbul beidh'.  Orang putih sebut white lie. Orang Melayu  sebut bohong sunat walaupun bohong sunat tidak ada dalam hukum.

Nabi SAW tidak pernah bohong. Salah satu sifat Nabi adalah 'siddiq' atau benar. Nabi SAW pernah dihadap kejadian seorang lelaki Islam dikejar seorang lelaki Yahudi yang mahu membunuhnya. Lelaki Islam itu kemudian bersembunyi.

Datang lelaki Yahudi itu bertanya kepada Rasulullah, "apakah kamu nampak ada seseorang lari di sini, aku mahu membunuhnya!"

Nabi beralih selangkah, kemudian berkata: "Ketika aku berdiri di sini, aku tidak nampak sesiapa selain kamu!"


Nabi tidak berbohong sekadar berhelah kerana tidak mungkin baginda mahu membiarkan seseorang dibunuh oleh orang yang dalam keadaan begitu marah. Dan Rasulullah juga bukan seorang yang lurus bendul tetapi dibekalkan dengan sifat amanah dan 'fathonah'. Amanah untuk melindungi seseorang yang berharap kepadanya untuk tidak membocorkan rahsia dan 'fathonah' adalah kebijaksanaan untuk berhelah.

Rasulullah sememangnya bercakap benar bahawa ketika berdiri di situ (setelah beralih selangkah), baginda tidak melihat sesiapa selain lelaki Yahudi itu!

Berbalik kepada cerita bohong isteri, seseorang suami tidak bolehlah terlalu jujur untuk berkata: "Ya, memang betul sangat Neelofa tu cantik. Nak banding dengan awak, huhuhu! Awak tahu tak, awak duduk di sebelah saya ni saya rasa macam apa? Macam duduk menyandar pada peti surat di pejabat pos tu awak tahu!"

Kalau jujur sangat macam itu pun tak boleh, bang! Kasihan isteri tu!

Jadi, walaupun dibenarkan, tidak ada bohong sunat. Hukumnya sekadar harus. Tetapi mengikut hukum Islam, bercakap benar itu lebih baik.

Apa pun, saya tidaklah bermaksud untuk menggalakkan anda terlalu lurus. Jangan pula dibuat bergurau ketika bersama isteri di dapur, jeling-jeling tong gas kemudian kata: "Saya tengok tong gas ni ada iras-iras awaklah!"

Ataupun kalau isteri terlajak kurus, dipegangnya tangan isteri selari dengan sudip atau senduk. Lebih teruk, bangun dari tidur terus diberitahu, "tadi saya mimpi almari baju kita tu berjalan!"

Walhal sah-sah dia tahu si isteri baru sahaja keluar dari bilik air.-sinarharian

Cancel

Terima Kasih atas comment anda