18 October 2013

Ohsenyum : Lembu Disembelih Bangkit Lalu Mengamuk

Di Keramat AU, turut berlaku satu kejadian yang agak menggemparkan apabila seekor lembu yang sudah disembelih di kawasan masjid tiba-tiba bangkit lalu mengamuk.Pada mulanya lembu tersebut memang diikat dengan tali tapi memandangkan ia sudah disembelih, ikatan padanya pun dibuka. Siapa sangka lembu tersebut boleh bangun lagi dalam keadaan leher sudah terpotong kan?


Orang ramai terpaksa bertindak mengepung lembu ini bagi mengelakkannya keluar ke jalan utama.Selepas puas main kejar-kejar, lembu tersebut akhirnya dapat ditangkap menggunakan beberapa utas tali.Dipercayai, kejadian berlaku kerana urat leher lembu berkenaan tidak putus dengan sempurna ketika disembelih. –mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...