Katie Pipie (30) bekerja sebagai seorang
gadis gelanggang sukan MMAsebelum beliau menjadi mangsa serangan asid.
Pada tahun 2008 beliau berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daniel
Lych. Dua minggu selepas berkenalan Katie dirogol dan ditikam pada bahagian
lengah oleh Daniel.
Walaupun diserang Katie enggan melaporkan kejadian
ini kepada polis kerana takut dengan Daniel. Dua hari selepas itu Daniel
menyuruh rakan beliau Stefen Sylvestre untuk menyimbah asik sulfurik
ke muka Katie. Serangan ini berjaya ditangkap 3 kamera CCTV dan
Daniel serta Stefan segera ditangkap polis.
![]() |
Katie diserang waktu itu.... |
Katie terpaksa menjalani pembedahan dimana
doktor terpaksa membuang kulit muka beliau. Selepas itu beliau koma selama 12
hari. Beliau kemudian terpaksa memakai topeng khas selama 23 jam sehari bagi
memastikan kulit baru akan tumbuh dengan elok paska pembedahan.
![]() |
Wajah Katie 2013 |
Secara keseluruhan Katie menjalani 40
pembedahan bagi memperbaiki muka, dada dan tangan beliau yang rosak akibat
simbahan asid. Daniel dan Stefan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana
menyerang Katie. Katie kemudian menjadi duta mangsa serangan asid di UK. Mari
lihat perubahan rupa beliau sebelum serangan, selepas serangan dan akhir sekali
selepas menjalani pembedahan.-blog serius
No comments:
Post a Comment