21 September 2013

Tak Leh Senyum : Lelaki Ditetak Putus Pergelangan Tangan


AMARAN : JANGAN TENGOK KALAU ANDA TAK BERANI.....OK!

Seorang lelaki India berusia 23 tahun putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak ketika diserang dua lelaki tidak dikenalinya.Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Lembah Permai, Lembah Jaya di Ampang awal pagi semalam.Menurut berita di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ), sebaik tiba, mangsa terus masuk ke bilik tidur pertama manakala isteri serta seorang anaknya tidur di bilik berasingan.


Pada kira-kira pukul 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi bising sebelum kemudiannya mendapati suaminya telah berlumuran darah di dalam rumah sambil menjerit kesakitan.Mangsa dikenali sebagai Pragash dan berniaga di sebuah restoran di Plaza City One berdekatan Masjid India di ibu negara.

Maklumat lanjut mengenai motif serangan setakat ini masih belum diketahui.
Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta grill rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu.

Sehingga kini tiada saksi yang tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.
Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.-mynewshub.my


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...