27 September 2013

Tak Leh Senyum : Isterinya Di Gilis Lori


Sukar digambarkan perasaan seorang suami apabila melihat mayat isterinya dalam keadaan mengerikan akibat digilis lori pembancuh simen di Jalan Tanah Lapang off Jalan Sentul, di sini, semalam.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian saya lihat isteri saya terbaring di bawah lori dan berlumuran darah,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 32, itu dengan nada sebak.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, isterinya, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, maut dengan badan hampir putus akibat digilis tayar belakang sebelah kiri lori.

Sebelum itu, motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari sekolah, hilang kawalan selepas bergesel dengan lori berkenaan.
Sham, 32, yang juga anggota polis di Balai Polis Sentul berkata, kira-kira 20 minit sebelum kejadian dia ada menghubungi isterinya mengingatkan arwah supaya mengambil anak kedua mereka di sekolah.


Sumber : mymetro, sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...