13 September 2013

Ohsenyum : Pendapatan RM32,000 Dalam Masa 3 Bulan

Seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepar bermain satu permainan komputer selama tiga bulan.

Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.Biasanya, terdapat ramai lagi penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online.

Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan.
Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari.

Ini Jadual Moru-chan’s setiap hari:


12 p.m. wake up, bathe, eat, do laundry
3 p.m. play games
4 p.m. update personal blog
6 p.m. eat
7 p.m. play games
9 p.m. begin streaming online gameplay
6 a.m. go to bed
Dengan peluang untuk berada di luar dan menyedut udara segar, ramai pastinya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri tetapi bagi penggemar permainan komputer seperti Moru-Chan ia umpama mimpi menjadi kenyataan.-mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...