Help Me Pageviews Until 50M

2 August 2013

Tak Leh Senyum : Peniaga Mati Dengan Usus Perut Terburai



Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan usus perut terburai di dalam semak berhampiran pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini, malam kelmarin.Mangsa, Oh Son Liong, 55, yang dipercayai turut ditikam enam kali di badan dan leher ditemui anggota bertugas sukarelawan dalam keadaan terbaring dengan baju dan seluar putih yang berlumuran darah kira-kira jam 9.30 malam.



Menurut sumber, anggota berusia 21 tahun yang sedang menjalankan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) bersama dua rakannya itu terlebih dahulu menjumpai sebuah lori Daihatsu berhampiran sebuah kilang di sini.

"Pemeriksaan di sekitar lokasi kemudian menemui mangsa yang terbaring dalam keadaan isi perut terkeluar namun berpakaian lengkap,” katanya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat jam 10 malam.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.Raja Shahrom berkata, pihaknya juga masih menyiasat motif sebenar pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, isteri mangsa, Wee Woon Kin, 51, berkata, suaminya yang keluar rumah di Malim jam 12 tengah hari kebiasaannya akan pulang antara jam 7 dan 8 malam.“Kira-kira jam 11 malam baru saya dapat tahu mengenai kejadian menimpa suami selepas menerima panggilan daripada polis.

“Setahu saya suami tiada musuh dan saya tidak tahu kenapa dia dibunuh. Apa yang saya tahu, dompetnya turut tiada ketika dia ditemui,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka.-Sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...