16 August 2013

Tak Leh Senyum : Lelaki Tertinggi Di Myanmar Menderita


Di sebalik popularitinya sebagai lelaki tertinggi di Myanmar Win Zaw Oo tetap menderita kerana menghadapi masalah kesihatan.Lebih menyukarkan keadaan, penyakitnya itu tidak dapat dirawat di dalam negara dan Win Zaw terpaksa ke Singapura bagi membolehkan prosedur pembedahan yang rumit itu dijalankan.


Kini mempunyai ketinggia 2.33 meter Win Zaw selalu berdepan masalah.Ketinggian itu menyebabkan Win Zaw, 36, tidak boleh menaiki kereta biasa. Untuk membolehkan dia bertemu doktor, sebuah trak terpaksa disewa.
Nasib Win Zaw cuma berubah selepas masalahnya disiarkan dalam media dan mencetuskan minat tiba-tiba di kalangan pakar perubatan. Semalam dia memulakan perjalanan ke Singapura bagi membolehkan pembedahan merawat tumor pada kelenjar pituitari dijalankan.
Prosedur itu tidak dapat dijalankan di Myanmar kerana terlalu canggih dan tidak mendapat pembiayaan daripada kerajaan. Kata Win Zaw, dia sangat bimbang untuk memulakan perjalanan. “Seumur hidup saya cuma pernah melihat kapal terbang mainan,” katanya dalam satu kenyataan. -mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...