22 August 2013

Tak Leh Senyum : (7 Gambar) Bas Jatuh Gaung Di Genting 2013


Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.Bomba mengesahkan 37 maut dan 16 penumpang cedera.



Antara yang maut termasuk 24 lelaki dan 13 wanita manakala 11 lelaki dan 5 wanita cedera. Mangsa cedera dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.Usaha menyelamat mengambil masa ekoran keadaan bas tersangkut pada pokok di kedalaman 200 kaki.Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.-mymetro



Gambar 3 daripada mangsa terkorban dalam nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands. Doktor dilaporkan sedang mengesahkan status mangsa di dalam bas belum dibawa naik lagi.

"Saya mendapat berita lebih 30 mangsa masih di dalam bas, status mereka belum diketahui lagi dan doktor sedang mengesahkan samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia," ujar sumber.

Walau bagaimanapun statistik itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

BERNAMA pula melaporkan, menurut pasukan Bomba dan Penyelamat,  33 dikhuatiri maut. Sebelum ini 19 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 antara mereka maut.


Jika benar kenyataan itu, maka itu antara kejadian paling ngeri berlaku di pusat peranginan tanah tinggi terkemuka di Malaysia itu. Seperkara lagi, bas terbabit dalam tragedi itu ternyata menbawa lebih penumpang, 49 orang, berbandung bilangan dibenarkan.- mazidulakmal.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...