Help Me Pageviews Until 50M

16 August 2013

Ohsenyum : Biji Sayur Labu Air Bersaiz Gergasi



Seorang pesara berjaya membesarkan beberapa biji sayur labu air sehingga bersaiz gergasi di kawasan kebun rumahnya di Llanharry, lapor sebuah akhbar semalam.Pesara itu, Phil Vowles, 65, telah membesarkan sayur labu air gergasi tersebut sehingga mencecah berat 54 kilogram dalam tempoh hanya lima minggu.


Vowles menjelaskan, pembesaran sayur labu air itu dilakukan menggunakan teknik pendebungaan silang khas.Dia juga terkejut dengan kepantasan sayur labu air tersebut membesar melalui teknik pendebungaan berkenaan.
Vowles dipercayai pernah memegang rekod untuk timun paling berat di dunia dengan catatan 8.34 kilogram."Sangat luar biasa untuk sayur itu membesar dengan cepat. Ia merupakan sayur labu paling besar saya pernah hasilkan.
"Saya terpaksa meminta bantuan anak saya untuk mengangkatnya," katanya.Berasal dari Llanharry, South Wales, Vowles berharap labu airnya mampu mencecah berat 68 kilogram dan memperoleh satu lagi rekod dunia. -Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...