Help Me Pageviews Until 50M

14 August 2013

Ohsenyum : Bangunan Pelik Atas Bumbung Ada Bongkah Batu


Seorang penduduk di ibu kota China di sini membina sebuah rumah ganjil di atas bumbung bangunan apartmen setinggi 26 tingkat, menurut beberapa laporan kelmarin.Kediaman tersebut kelihatan seperti bongkah batu yang dipenuhi pokok dan semak samun.





Menurut laporan berkenaan, kediaman ganjil itu yang terletak di pusat bandar raya ini dibina tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa bandar raya.Bimbang binaan seluas 1,000 meter persegi itu akan runtuh, beberapa penghuni blok apartmen tersebut telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

Mengulas berhubung isu tersebut, pihak berkuasa di sini menyatakan pihaknya akan merobohkan rumah pelik tersebut.Seorang pegawai tempatan, Dai Jun berkata, rumah itu akan dirobohkan dalam tempoh 15 hari melainkan pemiliknya mengemukakan bukti ia dibina secara sah.Dai berkata, pihaknya belum menerima maklum balas daripada pemilik kediaman itu. -Kosmo 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...