24 August 2013

Ohsenyum : 3 Orang Perempuan Inginkan Air Mani Lelaki


Tiga wanita di Zimbabwe dituduh merogol sekurang-kurangnya empat lelaki untuk mendapatkan sperma mereka bagi melakukan upacara tradisional.Kesemua wanita berkenaan, yang telah didakwa dengan 17 kesalahan serangan lucah, dibicarakan pada 28 Novemeber lepas dalam satu kes yang mengejutkan negara itu.


Pihak polis di Zimbabwe percaya kesemua wanita berkenaan adalah sebahagian daripada satu sindiket seluruh negara yang mungkin menggunakan sperma untuk upacara tradisional yang didakwa boleh membuat seorang bernasib baik dan kaya.Mereka diberkas di sebuah pekan kira-kira 170 batu di luar bandar raya Harare selepas polis menjumpai 31 kondom terpakai di dalam kereta mereka. Sekurang-kurangnya sembilan lelaki telah tampil dengan cerita serupa diserang.

Salah seorang daripada mangsa yang dikatakan itu menceritakan kisahnya dalam satu rancangan temu bual terkenal negara yang dinamakan Maichiamba. Lelaki berkenaan mengatakan yang dia dirogol selepas menerima pelawaan menaiki kereta mereka.
“Seorang daripada wanita itu menyimbah air ke muka saya dan mereka menyuntik saya dengan sesuatu yang memberikan saya keinginan seks yang amat kuat. Mereka memberhentikan kereta dan memaksa saya melakukan hubungan seks dengan setiap mereka beberapa kali, dengan menggunakan kondom,” katanya.

“Apabila mereka selesai mereka meninggalkan saya dalam belukar dalam keadaan telanjang bogel,”Lelaki berkenaan berkata, dia kemudian pergi ke hospital untuk rawatan kesan dadah yang diberikan oleh kumpulan wanita itu dan memanggil polis.Selepas menghadapi ejekan dan cemuhan atas serangan itu, dia memberanikan diri tampil secara terbuka kerana ingin membantu mangsa-mangsa lain. 
“Saya perasan yang ke semua lelaki berkenaan yang telah tampil benar-benar trauma sehingga perlu mendapatkan bantuan perubatan dan kaunseling,” Pengarah Nasional Padare Mena Forum Mengenai Jantina, Kelvin Hazangwi memberitahu ABC News.
“Sebahagian daripadanya, pasangan mereka meninggalkan mereka dan mereka tidak boleh kembali kepada keluarga. Rangkaian sosial mereka telah terurai,” tambahnya.
Hazangwi berkata bahawa perkosaan lelaki masih satu subjek larangan dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai definisi-definisi amat jelas mengenai kemaskulinan.

Misalnya kumpulan wanita itu telah didakwa dengan serangan berbentuk lucah daripada rogol kerana lelaki yang diserang secara seksual oleh wanita tidak diakui di bawah undang-undang rogol Zimbabwe.“Kes ini mengejutkan bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga untuk masyarakat keseluruhannya,” kata Hazangwi. “Ramai orang memandu ke balai polis hanya untuk mendapat imbasan atau pandangan wanita-wanita yang suka merogol lelaki.”

Kesemua wanita berkenaan menafikan semua tuduhan, dengan mengatakan yang mereka pelacur dan tidak mempunyai masa untuk membuang kondom.Pasangan sepupu Rosemary Chakwizira, 24, dan Sophie Nhokwara, 26, memberitahu media tempatan yang sejak dilepaskan dengan jaminan $300, mereka telah berada dalam persembunyian selepas nyawa mereka diugut.

“Bukankah kami suspek sehingga terbukti bersalah? Ia seolah-olah orang telah pun membuat pengadilan mereka dan mendapati kami bersalah,” Nhokwara kata dalam satu temu bual dengan New Zimbabwe.com.

Tanpa menghiraukan kesudahannya, kes tersebut telah memulakan satu dialog dalam negara itu tentang sikap dan layanan terhadap keganasan seksual terhadap lelaki.

“Kami menyedari bahawa perkosaan boleh berlaku kepada seorang nenek, kanak-kanak, atau lelaki dan ia adalah salah,” kata Hazangwi.-mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...