31 July 2013

Tak Leh Senyum : Kontroversi Video Yang Dikatakan Menghina Agama Islam


Kali ini video kontroversi video meraikan Aidilftiri bersama tiga ekor anjing dengan berlatarbbelakangkan audio Takbir Raya.Ia dikongsikan kepada saya oleh melalui mesej di Facebook melalui seorang pengamal media sosial yang prihatin dengan perkembangan video-video sebegini.


Video dimuatnaik semalam oleh pemegang akaun acaiseven fiska, saya tidak pasti sama ada ia adalah pemuatnaik asal atau dia antara mereka yang menyebarkannya di laman youtube mereka.Secara jujurnya kami kurang jelas mengenai motif video sebegini dihasilkan tetapi jika dilihat dari segi menghina, mencipta kekeliruan itu jelas terpapar pada video berkenaan.

Dengan takbir pada permulaan video selama 1:44 itu,kemudian muncul tiga ekor anjing yang dibawa oleh seseorang memakai Baju Melayu.Kemudiannya, dia ini membasuh kaki anjing yang hitam dan kemudian membasuh kakinya seolah-olah perbuatan mengambil wudhuk sebelum dia mengelap pula wajah anjing itu.

Semua adegan ini berlatar belakangkan audio Takbir Hari Raya yang jelas mempersendakan alunan suci agama Islam ketika menyambut lebaran.Kemudian, video ini memaparkan pula aksi dia membuka kuih raya dan diletakkan di atas meja di ruang tamu sebelum di makan oleh ketiga-tiga ekor anjing tadi.Video diakhirkan dengan pesanan “Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesis” menunjukkan kononnya perbezaan antara manusia dan haiwan.-mynewhubs.my



Dan Ini Jawapan dari beliau

“Saya tiada niat hina Islam”.

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam. Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”. .-mynewhubs.my


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...