27 July 2013

Tak Leh Senyum : Kemalangan Ngeri Di Teragganu 2013 (Video)


Tiga termasuk seorang doktor gigi maut, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 84.5, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kampung Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Mohd Zuhairi Jusoh, 23, bersama rakannya, Nik Zul Ehsanudin Mohamad, 23, dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu.



Menurutnya, Mohd Zuhairi Jusoh, dari Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut, dan Nik Zul Ehsanudin dari Rumah Awam Kos Rendah Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Kerteh, Kemaman.

"Mereka menaiki kereta jenis Volkswagen Golf yang dipandu Mohd Zuhairi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ab Rahman berkata, pada masa sama, kereta Toyota Vios dinaiki dua doktor gigi, Dr Nik Rafizan Nik Muhamad, 28, berasal dari Jalan Telipot, Kota Bharu dan rakannya, Dr Nur Elina Abdullah, 25, dari Kampung Masjid, Kota Bharu, pula dari arah bertentangan.


"Ketika tiba di tempat kejadian, Mohd Zuhairi dikatakan cuba memotong sebuah kereta di depannya, tetapi gagal sebelum bertembung kereta Toyota Vios dinaiki dua doktor wanita berkenaan yang masing-masing bertugas di Klinik Pergigian Kampung Raja dan Klinik Pergigian Pasir Akar, Besut.


"Kejadian itu menyebabkan Mohd Zuhairi dan rakannya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala dua wanita terbabit dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ab Rahman berkata, Dr Nik Rafizan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu kira-kira dua jam kemudian, manakala Dr Nur Elina yang memandu kereta Toyota Vios dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau merbahaya.

Sementara itu, bapa kepada Mohd Zulhairi, Jusoh Said, 66 berkata dia menerima panggilan daripada anggota polis yang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan.-youtube




No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...