30 July 2013

Ohsenyum : Pencuri Tersangkut Di Corong Asap Selama 10 Jam


Inilah namanya pencuri yang malang, malang sungguh.Seorang lelaki dengan niat mencuri sebuah kedai pajak gadai di Arkansas terbantut niatnya selepas dia tersangkut di corong asap kedai itu selama 10 jam tanpa makanan dan air.


Pasukan bomba terpaksa memotong corong asap itu untuk membawanya keluar.Suspek Michael Wayne Case Jr ditemui terperangkap dalam serombong asap yang hanya berdiamter 10.5 inci (26.6cm) oleh pemilik kedai pajak gadai itu Ernest Raney.Walaupun dah tersepit di serombong selama 10 jam, Michael tetap ganas dan marah apabila ditemui “kantoi” oleh pemilik kedai berkenaan.


“Saya sangkakan binatang ataupun burung yang tersangkut dan saya naik ke atas dan memeriksa serombong itu. Tidak sangka saya menemui seorang lelaki yang merenung pada saya dari dalam serombong itu,” katanya.“Saya bertanya, kenapa dia berada di dalam serombong dan apa motifnya menceroboh masuk kedai saya, dia terus bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat pada saya,” katanya.




Menurut Ernest, jika suspek itu berjaya sampai ke bawah serombong itu pun, dia akan tersangkut kerana ia sudah pun ditutup bertahun lamanya.Lelaki itu sebaik dibebaskan oleh anggota penyelamat bertindak ganas dan cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas meskipun berlaku pergelutan.Dia memberitahu polis, dia terjatuh ke dalam serombog itu ketika sedang bersiar-siar. – mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...