31 July 2013

Ohsenyum : (9 Gambar) Kereta BMW AG Terbaru Model Elektrik


Pengeluar kenderaan mewah dari Jerman, BMW AG semalam memperkenalkan model elektrik kompaknya yang dikenali sebagai i3.Model i3 dibina menggunakan material gentian karbon untuk mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi pemanduannya.




Ketua Pegawai Eksekutif BMW AG, Norbert Reithofer menegaskan bahawa i3 memang dibina sebagai sebuah jentera elektrik sejak awal lagi.BMW AG menyatakan, i3 dibina di kilangnya di Leipzig, Jerman. Ia berupaya mencatat kelajuan daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 7.2 saat.


Dengan satu caj penuh, i3 boleh bergerak sejauh 130 hingga 160km manakala model yang dilengkapi enjin konvensional boleh mencatat jarak sehingga 300km.Kereta i3 dijangka dijual di pasaran Jerman serta negara Eropah lain pada November.Ditawarkan pada harga AS$46,000 (RM148,441) seunit, ia bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan China pada tahun depan. -Kosmo




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...