Polis memburu samseng yang memecah masuk
sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada
bangunan itu.Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di
Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di
situ jam 4.30 pagi.
Penceroboh dipercayai memecah masuk ke
kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan
cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian.Polis masih mengawal masjid di
Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan.
Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain
dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell
berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat
berlangsung dengan amat baik.“Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku
di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian
sebegini tidak boleh diterima,” katanya.
Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat
dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi
memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu
berulang.Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid
berkenaan.
Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central
dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760).Pengkhianat turut
cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada
pintu depan bangunan itu tidak merebak.Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku
kerosakan serius dalam insiden itu. -Mymetro
No comments:
Post a Comment