7 June 2013

Tak Leh Senyum : Majid Di Bakar Oleh Antipenduduk Islam


Sebuah masjid di utara bandar raya ini musnah dalam kebakaran dan dikhuatiri ia menjadi sasaran serangan balas terhadap pembunuhan anggota tentera Britain, Drummer Lee Rigby, baru-baru ini.




Kebakaran bermula awal pagi dan polis melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada anggota Liga Pertahanan Inggeris (EDL) bertanggungjawab.Polis dari unit Antikeganasan mengetuai siasatan berkenaan selepas grafiti dengan perkataan EDL ditemui diconteng pada masjid itu.
Akibat kejadian itu, sebahagian daripada bangunan masjid milik Persatuan Kebajikan Brawani Somalia itu runtuh dan polis mengesyaki ia berpunca daripada perbuatan khianat.Penghuni di dua bangunan berhampiran masjid itu berjaya diselamatkan sementara seorang wanita dirawat di tempat kejadian.
Beberapa masjid di Britain menjadi sasaran serangan selepas pembunuhan Lee Rigby di Woolwich, dua minggu lalu.Polis berkata, mereka sudah mula berunding dan bekerjasama rapat dengan masyarakat Somalia dan Islam bagi memberikan sokongan.Ali Abu, 30, dari badan kebajikan Britsom berkata: “Kami terkejut dengan apa yang berlaku. Kami mengecam serangan itu. Keadaan amat serius ketika ini dan kami kecewa dengan serangan terhadap masyarakat kami yang cintakan keamanan.” 

Fiyaz Mughal dari Faith Matters, kumpulan yang mengawasi kegiatan antipenduduk Islam berkata: “Serangan itu mungkin ada kaitan dengan kegiatan antipenduduk Islam memandangkan masjid itu tidak jauh dari Woolwich dan ia aktif menganjurkan kegiatan Islam. Grafiti EDL juga ditemui di masjid itu.” -mymetro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...