4 June 2013

Tak Leh Senyum : Gempar Seniman Shamsuddin Meninggal Dunia


Pelakon komedi yang terkenal pada tahun 50 an, Seniman Shamsuddin yang berusia 84 tahun, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura, pada jam 10.56 pagi tadi.


Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (dilahirkan 1 Januari 1929 dan dia merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an.
Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris.Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat danPanggilan Pulau.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga pelakon komedi ini. Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...