Seorang matador, Julio Aparicio dirawat di
unit rawatan rapi selepas dagunya ditusuk tanduk seekor lembu jantan di sini,
kata beberapa pegawai hospital.Aparicio yang berumur 41 tahun dihantar ke
sebuah hospital selepas lembu jantan itu menusuk dagu matador tersebut yang
menerobos ke dalam mulutnya.
Namun, beberapa pakar bedah berjaya membaiki
semula tisu yang rosak akibat tandukan itu dan kelmarin dia dilaporkan sudah
sedar semasa dirawat di unit rawatan rapi di hospital berkenaan.Aparicio yang
terkenal dengan gelaran Julito merupakan salah seorang bintang pada
pertandingan laga lembu terkenal di Sepanyol, Festival San Isidro.-kosmo
No comments:
Post a Comment