8 June 2013

Tak Leh Senyum : Bunuh Bayi Dan Makan Otak Bayi


Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.


Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.


Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal 
Ini bukan dia…hehe
Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital.-mymetro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...