Populariti laman sembang terkini, WeChat
dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket
pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan
badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.
Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata
sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari
bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang
membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.
Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum
menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk
memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.
Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.-mymetro

No comments:
Post a Comment