9 June 2013

Ohsenyum : Tidak Sedar Yang Sebenarnya Dia ...


Seorang pelari maraton yang bercita-cita tinggi di Minnesota cuba merawat sakit belakang dihidapinya dengan sesi latihan selama dua jam.Sehari kemudian, dia dilihat mendukung bayi yang baru lahir. Trish Staine, 33, berkata, dia tidak tahu dia hamil sebelum terkejut apabila melahirkan anak Isnin lalu. Ibu tiga anak itu berkata, berat badannya tidak bertambah atau merasa sebarang pergerakan dalam rahim.


Tambahan pula, suaminya menjalani prosedur vasektomi.“Saya kata, tidak, tidak, ia mustahil,” katanya Rabu lalu di bilik hospital di Duluth. “Saya mati-mati menyangka saya tidak akan ada anak lagi,” katanya berjenaka.Trish dan suaminya, John mempunyai anak perempuan berusia tujuh tahun dan dan anak lelaki berusia 11 tahun.

Dia juga menjadi ibu tiri kepada tiga anak lelaki John yang berusia 17, 19 dan 20 tahun.Trish berkata, dia berlari selama dua jam Ahad lalu sebagai persediaan untuk acara separa maraton Garry Bjorklund yang akan diadakan pada 22 Jun depan. “Saya mengalami sakit belakang petang Ahad lalu. Saya mandi air panas dan menahan kesakitan itu, 

Keesokan paginya, saya bangun dan kesakitan itu semakin bertambah dan bila siang keadaan bertambah buruk. Saya fikir saya patut ke hospital kerana mungkin otot saya terseliuh,” katanya. Tetapi dia masih bertahan, melihat suaminya bermain bola keranjang pada waktu tengah hari dan menonton persembahan lakonan anak perempuannya. Apabila pulang ke rumah, dia memikirkan mungkin mandi akan meredakan kesakitannya.
 Ketika bercakap dengan suaminya di telefon, Trish berkata, dia sudah tidak dapat bertahan lagi dan Suaminya menghubungi ambulans. “Saya rasa macam hendak mati. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.Ketika pemeriksaan di bilik kecemasan, Trish dan suaminya terkejut apabila mendapat tahu kakitangan perubatan mengesan degupan jantung janin. Dia segera dikejarkan ke bilik bersalin dan 5 minit kemudian, anak perempuannya dilahirkan. Trish berkata suaminya sempat berjenaka. -mymetro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...