6 June 2013

Ohsenyum : Rumah Mirip Tempat Ibadat Rupanya Kasino Mini


Rumah perjudian mirip tempat ibadah yang diserbu polis
Tanda tanya mengenai sebuah rumah mirip tempat ibadat yang menjadi tumpuan segelintir individu sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila lokasi terbabit sebenarnya dijadikan ‘kasino mini’ dan menjadi kegilaan kaki judi untuk mencuba nasib.


Seorang lelaki cuba cabut
Bagaimanapun, rahsia lokasi itu yang terletak di Jalan Kuala Ketil, di sini, akhirnya terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Kedah menyerbu lokasi terbabit pada jam 4 petang kelmarin.


Dalam serbuan itu, polis menahan 52 individu berusia antara 20 hingga 40-an dan merampas wang tunai lebih RM10,000 yang dipercayai hasil pertaruhan kaki judi di pusat terbabit.

Difahamkan, lokasi itu mendapat sambutan hangat berikutan kedudukan strategik kerana tersorok daripada laluan utama selain terlindung di sebalik sebuah bangunan lain di hadapannya, manakala laluan ke pusat terbabit jarang digunakan orang ramai.Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, ketika serbuan dilakukan, semua kaki judi terbabit sedang asyik melakukan taruhan di meja masing-masing sebelum dikejutkan dengan kehadiran polis yang menyerbu lokasi itu.-mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...