Help Me Pageviews Until 50M

7 June 2013

Ohsenyum : Perompak Bodoh Dan Tamak


Orang tamak selalu rugi sesuai menggambarkan seorang lelaki yang dicekup polis ketika cuba mengambil semula hasil curian yang tertinggal di Kuala Menggatal di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 30 tahun memecah masuk sebuah rumah teres satu tingkat di kawasan berkenaan sekitar jam 4 pagi semalam serta melarikan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik tuan rumah berkenaan bersama beberapa barangan elektrik.


Berikutan kereta yang dicuri tidak boleh mengangkut semua barang peralatan elektrik yang dicuri, penjenayah itu kembali sekali lagi untuk mengambil baki barangan terbabit yang disembunyikan berhampiran kediaman berkenaan.

Malangnya tindakannya menyebabkan dia dicekup polis yang membuat rondaan selepas mendapat laporan daripada mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam.Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis berjaya memberkas penjenayah terbabit beberapa meter dari tempat kejadian ketika mahu mengambil baki barangan dicurinya.-mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...