29 June 2013

Ohsenyum : Pembedahan Menukar Wajah Sangat Mengagumkan



Lelaki yang menjalani pembedahan menukar wajahnya pada tahun lalu kini menunjukkan proses pemulihan mengagumkan.Richard Lee Norris kehilangan rahang atas dan bawah, selain bibir, gigi dan lidah dalam kemalangan berlaku pada 1997. 

Sekiranya Ingin tahun mengenai Lelaki Ini Klik Sini dan Sini!




Sejak itu Norris, kini 38, menjalani hidup amat sukar sebelum menerima wajah baru daripada penderma dalam pembedahan pada Mac tahun lalu di Pusat Perubatan Maryland di Baltimore. Dalam tempoh seminggu, Norris mampu memberus gigi dan bercukur. Doktor yang mengetuai pembedahan itu, Dr Eduardo Rodriguez berkata, prosedur dilakukan ke atas Norris adalah satu daripada yang paling sukar kerana membabitkan lidah dan gigi.


“Proses pemulihan wajah itu berada jauh di dalam bahagian muka Norris serta ia tidak boleh dilihat,” katanya. Kini Norris mampu merasa melalui mukanya, boleh tersenyum dan pertuturan pula kian pulih. Dia juga sedang mengikuti pembelajaran dalam bidang sejarah seni melalui Internet.-mymetro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...